Jadi Follower di Sini

Wednesday 27 March 2013

Baju Kurung Tradisional Zura


Inilah hasil jahitan baju kurung Zura. Minta maaf ye Zura, sebab mengabadikan picture baju ni dalam blog ni, saja sebagai koleksi jahitan saya.

Bahagian leher dikemaskan dengan jahitan tepi biasa.

Getah separuh pada bahagian pinggang.

Ini bahagian pinggang. Hajatnya nak letak white tape kat pinggang ni.Tapi lupa la pula, dah jahit banyak, baru perasan. Tak pe la, nanti untuk baju yang lain saya letak yer.

White tape yang macam baju sample yang Zura bagi ni. Sebab white tape tu memang dah ada. hmmmm...

Bahagian tepi kain (susun) dijahit tindih kasih senang nak iron dan nampak lebih kemas.


Kain ni ada masalah printing error, so banyak masalah time nak potong kain. Corak kain pulak memanjang jadi tak boleh nak potong kain secara melintang. Pusing-pusing takot dah potong-potong, kain tak cukup plak.


Tapi kalau bertudung rasanya tak nampak sangat, sebab tu la letak bahagian atas depan. Nice jugak (org ckp seni kan)..:)









Monday 18 March 2013

Baju Kurung Riau/Pahang Hampir Siap

Kali ni nak jahit baju kurung pahang. Baju ni cantik sebab macam ada shape body sket. Lebih kurang sama je dengan baju kurung tradisional cuma bawah dia kembang sedikit. Permulaan nak buat kena lah buat pola dulu.

Permulaan buat pola, salah tanda part lipatan pesak
bawah tu..lupa nak amik picture yang baru. hehe...
Ini lah saiz dia.




Lega rasanya tengok baju ni dah nak siap..sebenarnya dah siap la...cuma nak tambah manik-manik di leher dan lengan baju je...





Saje nak post gambar baju sebelum dijahit dengan manik. Boleh compare cantik ke tak.:P








Wednesday 13 March 2013

Promosi Kain Pasang Digital 3D


Kain Pasang Digital (3D) memang sangat cantik. Sesuai dijadikan baju kurung, dll. Corak dan bunga sesuai dengan semua majlis samada dinner, kenduri atau ke tempat kerja. 

Dengan corak berbunga 3 Dimensi dan kilauan batu di hadapan bahagian baju sahaja, memang sangat menyerlahkan si pemakai. 




Jom lah beli, dan tampil bergaya dengan mood yang ceria sepanjang hari. Harga berpatutan RM65.00 termasuk kos penghantaran. Kalau di survey-survey ni, harga pasaran biasa RM75.00 ni. Jadi, jangan lepaskan peluang dapatkan satu yer :)

Sold

Sold

Sold

Sold

Sold








Exclusive by:





Sunday 10 March 2013

3 Pasang Baju Kurung Dah Siap

Untuk dikongsikan bersama. Inilah hasil jahitan saya menyiapkan 3 pasang baju kurung ni. (mood puas hati..:-)

Sume hasil jahitan.
3 pasang baju lagi awal bulan Mac.


Baju kanak-kanak.

Sebelum dijahit mata lalat pada leher baju kurung.
Selepas dijahit mata lalat pada leher baju kurung.


Baju dan....

Kain baju kurung.

Ini satu lagi baju kurung dijahit dengan mata lalat. Cantik tak? :p
Tepi kain dijahit dengan jahitan tepi.




Baju kurung dewasa.


Leher tanpa mata lalat.












Happy mood from :)


Misi Baru Awal Bulan Mac Ini!

Kali ini saya mempunyai task yang baru untuk disiapkan iaitu menjahit 3 pasang baju kurung. 1 baju kurung dewasa dan 2 pasang lagi baju kurung kanak-kanak (kanak-kanak, ke remaja la kot..hehe). Paling susah ialah time nak potong kain. Tapi Alhamdulillah, dapat dilaksanakan dengan jayanya:-)






Selepas potong ketiga-tiga pasang kain baru lah boleh claim tepi. Macam dalam gambar ni, yang dah siap potong mengikut ukuran yang dikehendaki boleh lah ikat dulu letak tepi, dan sedia di claim tepi sebelum dijahit.

Jom! Mula menjahit...
















    Happy Mood ;)