Jadi Follower di Sini

Wednesday 29 May 2013

Kain Pasang Sempena Raya 2013 (Koleksi Terbaru)

Pilih mana satu berkenan di hati. Kain design baru,corak terkini dan terhangat di pasaran. Juga boleh lihat di FB  page dan LIKE page untuk lihat lebih banyak New arrivals Collection!!

Monday 20 May 2013

Sepasang Lagi Kurung Pahang (Sis Ayu)

Sekarang banyak plak trend kurung pahang kain berkaki ni. Inilah kurung pahang Sis Ayu (11 tahun). Bertemakan blue and grey color..:)

Sunday 19 May 2013

Kurung Pahang Kain Bersulam (Sis Aina)

Alhamdulillah...dah siap kurung pahang adik Aina (13 tahun). Cantik kan..bila tengok baju ni, teringin nak satu untuk diri sendiri ni (kalau sempat jahit la.hehe..)Kain dia pun lembut kain cotton viscose kalau tak silap. 

Friday 17 May 2013

Kurung Tradisional dengan Jahitan Manik di Pergelangan Tangan (Mas, Perak)

Kali ini jahitan manik pada pergelangan tangan untuk baju yang bercorak. Tempahan Mas kali ni Baju Kurung Tradisional dengan jahitan manik di pergelangan tangan baju. 

Jahitan manik dan labuci di pergelangan tangan.
Untuk leher beliau mahu dibiarkan kosong tanpa jahitan manik.

Tuesday 14 May 2013

Kurung Pahang Sedondong Kak Ieta (Seremban)

Setelah lama tertangguh nak siapkan baju Kak Ieta ni, siap juga akhirnya :) Kak Ieta menempah Kurung Pahang Saiz M dan untuk baby nya Saiz 0-1 tahun.  


Kak Ieta nak baju sedondong ni, katanya untuk pakai raya nanti. Wah, meriah la raya nanti nampaknya kalau pakai sedondong ni. heeee....

Wednesday 8 May 2013

Tips Menjaga Baju Bermanik

Penat setelah seminggu balik kampung, kini kene kembali menyiapkan tempahan pulak la ye. Dah jahit baju yang ada perhiasan seperti bunga, manik, labuci ni ramai pula yang bertanya macam mana nak menjaga baju ni. 






Mungkin ramai yang berpendapat baju yang ada perhiasan tambahan seperti ini memang nampak cantik, tapi nak menjaganya pun mesti susah. Tak adalah..tak susah mana pun. Ini adalah beberapa tips penting jugak la yang sempat saya search untuk dikongsikan bersama.

Pertama:  Mesti basuh tangan. Tak susah pun, kalau rasa malas sangat (hehe..) rendam je dengan air sabun. Setakat baju kita pakai tu tak ada la kotor sangat kan, bukan bermain lumpur pun (ye dak?) Yang penting jangan guna mesin basuh untuk basuh atau untuk keringkannya.

Kedua: Bila dah basuh, perah dan jemur. Jemur pula kalau boleh jangan jemur direct di kawasan panas sangat dan terbalikkan baju tu, jemur di sebelah belakang.

Ketiga: Dah kering, masa untuk menggosok (iron) pula. Cara gosok pula kene la iron dari belakang baju. Kalau ada steam iron lagi ok, tak pun sembur je la dengan air kat belakang baju tu.  Lagi ok, lapik dengan kain lain baru iron.

Ok..rasanya tak susah pun kan…senang je untuk baju kesayangan kita J