Jadi Follower di Sini

Tuesday 31 December 2013

Kain Pasang Koleksi Januari 2014


Koleksi kain pasang untuk kali ini juga adalah mengikut kehendak dan permintaan pelanggan. Rata-rata ramai pelanggan yang suka kain berbunga atau bercorak penuh (bagi kain yang bercorak). Harga kain adalah berbeza-beza mengikut harga pasaran. 



Walaubagaimanapun, kesemua stok kain ini juga TIDAK DIJUAL ONLINE sehingga diberitahu nanti.



Kain Digital
          • Kain Bercorak Penuh dan Tidak Berkaki
          • Tidak Berbatu

Sunday 29 December 2013

Tempahan Untuk Bantal Comel Kini Dibuka

Sekarang terdapat pelbagai jenis bantal di pasaran tetapi masih jugak tidak memenuhi citarasa dan kehendak tersendiri kan. Ini adalah antara hasil jahitan bantal pelbagai bentuk, saiz, dan bernama atau berbentuk ucapan. Ianya sesuai dijadikan sebagai hadiah, perhiasan, atau pun koleksi peribadi sendiri. 

Kain baldu yang sangat lembut sesuai untuk bantal yang digemari oleh kanak-kanak. Kain felt digunakan untuk membentuk corak serta teks huruf yang dijahit pada bantal tersebut. 
  • Material yang digunakan ialah gabungan kain baldu dan kain felt.
  • Isian bantal adalah fiber polyester yang sangat lembut. 
  • Boleh juga menggunakan isian material lain seperti kekabu asli (bergantung kepada permintaan).
  • Harga adalah bergantung kepada material yang digunakan.

Square Pillow
Saiz 16" x 16"
Square Pillow
Saiz 16" x 16"

Love Pillow
Saiz 16" x 16"

Saturday 28 December 2013

Bantal Comel

Selain daripada bantal-bantal biasa atau bantal kusyen koleksi bantal comel ini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bantal baldu yang mempunyai message atau teks huruf tertentu ni sering menjadi pilihan untuk jadikan sebagai hadiah, perhiasan, koleksi peribadi dan sebagainya. 


Selalunya kain baldu yang lembut digunakan untuk membuat mainan kanak-kanak seperti teddy bear. Bagi anak lelaki Ida yang sorang ni, takkan nak bagi dia main teddy bear pulak kan. So, terlintas difikiran ni untuk membuat bantal untuknya dengan meletakkan gambar-gambar kegemaran. 


Bantal comel yang Ida jahit ni sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya lembut. Tengok saja aksi si comel bila dapat bantal kegemarannya. Gembira dapat tengok anak kita happy kan...:)

Friday 27 December 2013

Bantal Kusyen

Rasanya tidak lengkap sofa anda jika tidak dilengkapi dengan bantal kusyen ni kan. Terutama bagi perempuan, bila duduk je atas sofa, tangan ni mesti nak memegang sesuatu untuk diletakkan di atas riba ketika duduk.  So, ini lah hasil jahitan Ida pada kali ni iaitu set bantal kusyen untuk sofa. 


Set bantal kusyen ni bukan sahaja menaikkan seri rumah malah mencantikkan dan melengkapkan lagi perabot yang ada di dalam rumah terutamanya sofa. Pemilihan warna bantal kusyen mestilah warna yang contra (berlainan) dengan warna sofa supaya lebih menyerlahkan lagi kewujudannya. Kadang kala ianya di padankan dengan warna karpet yang dihamparkan dibawah set sofa.