Jadi Follower di Sini

Saturday 29 November 2014

Buat Bisnes Baju Kurung: Panduan dan Teknik Lengkap

Sekarang ni lambakan peniaga-peniaga baju kurung yang terdapat di merata-rata tempat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kenapa? Kerana ramai yang sudah sedar akan keuntungan yang boleh didapati daripada bisnes ini.


Berminat untuk berniaga baju kurung, tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk memulakannya? 

Bagi yang masih baru berjinak-jinak dalam bisnes baju kurung ni elok sangat la memiliki pakej Lengkap Video Panduan Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung.

Pakej Lengkap Video Panduan Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung ini akan mendedahkan rahsia-rahsia mengenai bisnes baju kurung yang berjaya tidak kira secara online ataupun secara direct.

Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional

Baju Kurung Tradisional adalah baju tradisi yang tak lapuk ditelan zaman. Tahun berganti tahun, abad berganti abad, baju kurung tradisional tetap juga menjadi pilihan si pemakai sehingga ke hari ini. 

Beruntunglah kalau pandai menjahit baju. Tapi kalau tak pandai pun apa salahnya belajar. Walaupun tidak mengambil tempahan sekurang-kurangnya boleh juga jahit baju sendiri. Puas hati daripada beli. Sekarang ni pun, harga upah jahit baju sudah meningkat. 


Kalau macam tu jom dapatkan ebook Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional. Ianya bukan sahaja panduan lengkap mengenai langkah demi langkah menjahit  baju kurung tradisional tetapi juga sangat praktikal dan mudah difahami. 

Zaman sekarang, kita sibuk untuk mengikuti kelas menjahit lagi menjimatkan jika dapatkan ebook ini. Sekurang-kurangnya sebelum menjahit sendiri, kita ada asas secara teori mengenai cara menjahit.

Cara Menjahit Getah 'Single' di Lengan Baju

Sebelum ni, Ida ada tunjukkan cara menjahit getah di lengan baju menggunakan benang getah. Tutorial kali ni lebih kurang sama cuma, getah yang digunakan adalah getah tunggal/single bukannya benang getah yang saiznya lebih halus.


Getah tunggal yang digunakan adalah berukuran lebih kurang 0.2 " sahaja. Kecil tapi memadai digunakan untuk menghasilkan kedutan pada pergelangan lengan baju.


Persediaan Menjahit Getah 'Single' di Lengan Baju. 

Cara yang macam ni, tidak memerlukan basi yang banyak dipegelangan lengan baju, iaitu lebih kurang 1/2 inci sahaja untuk dilipat dan dimasukkan getah. 

Sebenarnya baju ni dah siap jahit tepi halus (claim halus) macam ni dan sudah mengikut ukuran lengan yang sebenar. Tapi, Ida tak suka dan nak tambah getah dipergelangan lengan baju ni. 

Bagi yang tidak jahit tepi juga boleh dengan cara melipat bahagian tepi tersebut dan dijahit. 

Cara Menjahit Getah Pada Lengan Baju

Suka sangat pakai baju yang ada getah macam ni terutamanya pada baju kurung. Sebab bila nak ambil wudhu' senang untuk sinsing lengan baju ni. Bila dah ada getah macam ni tak perlu lagi lengan baju ni basah kuyup kerana selalu terjatuh dan terkena air. 


Selain daripada itu juga, ianya lebih bersifat menutup aurat di pergelangan tangan kerana dengan adanya getah ini, ia akan menahan lengan baju dari jatuh dan naik sehingga menampakkan lengan sehingga ke siku.  

Bukan itu sahaja, ternyata ianya nampak lebih cantik dan kemas. Selalunyanya bila baju ada getah macam ni menjadi penyeri tambahan pada baju. 

Getah berkedut pada lengan baju sangat sesuai dan cantik pada semua jenis baju, tak kisah la apa jenis baju sekali pun termasuk blouse atau baju kurung. 

Cara menjahit getah pada lengan baju ni tak susah pun. Boleh dijahit sendiri. Terdapat pelbagai cara dan teknik menjahit untuk meletakkan getah pada lengan baju ni. Salah satunya sebagaimana yang akan ditunjukkan.

Wednesday 17 September 2014

Sedondong Penyeri Hari Raya

Bila tiba musim perayaan, rata-rata tempahan menjahit baju adalah menjahit baju dari kain warna yang sama, atau sedondong. 


Rata-rata ramai yang berpendapat berpakaian sedondong boleh memberikan suasana kebahagiaan, persefahaman dan keharmonian serta menyerikan lagi sesuatu majlis.

Selain itu tidak dinafikan bersedondong menjadikan sesebuah majlis lebih meriah seperti pada hari raya, kenduri perkahwinan dan sebagainya.