Jadi Follower di Sini

Friday 7 February 2014

Bantal Menonton TV

Tak pasti pulak nama sebenar untuk bantal ni. Ida panggil "Bantal Menonton TV" sebab ia sesuai digunakan semasa beristirehat sambil menonton tv. 



Saiznya yang besar sesuai sangat la kalau nak buat baring-baring dan duduk di atasnya. Ukuran saiz bantal ni 25" x 25" dan berzip supaya senang untuk membasuhnya bila kotor nanti. 

Material kainnya pula dari jenis kain yang berbulu lembut. Corak bantal ni ala-ala bercorak zebra, bewarna hitam dan putih.



Bantal ni dibuat untuk anak bujang Ida yang sorang ni. Seronok melihat telatahnya bila dapat bantal macam ni untuk menonton tv. 





Macam-macam aksi pulak dia bila dapat bantal ni.hehe...=)





2 comments:

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).