Jadi Follower di Sini

Monday 13 January 2014

DIY: Cara Membuat Key-Chain Hello Kitty dari Kain Felt

Sebut sahaja mengenai DIY rasanya ramai yang sudah tahu kan. DIY atau pun dengan perkataan lainnya "Do It Yourself". Sudah tengok key-chain Hello Kitty yang Ida buat sebelum ni?? Comelkan...hehe.. So, kali ni Ida akan kongsikan bagaimana cara membuat key-chain "Hello Kitty" dengan menggunakan kain felt ni. 


Korang yang berminat nak buat, boleh la cuba buat sendiri kerana cara-caranya mudah sahaja. Gambar-gambar ni Ida ambil sewaktu adik-adik membuat project DIY dorang sebelum ni. 

So, bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas, kain felt bewarna merah, putih, kuning dan hitam, benang menjahit kain felt, jarum, gunting dan fiber polyester. 

Jom kita mulakan!


1.  Mula-mula, lukiskan bentuk hello kitty beseta reben di atas kertas. Kertas apa-apa pun boleh. Kemudian guntingkan.


2.  Selepas itu tekapkan bentuk tadi di atas kain felt seperti di bawah. 2 pcs bentuk yang bewarna putih, 1 pcs reben, 2 pcs mata bewarna hitam, 1 pcs hidung bewarna kuning. 


Ok...Ini adalah untuk buat 2 key-chain.


3.  Selepas tu jahit pada bahagian reben dahulu menggunakan benang dan jarum secara jahit jelujur. 


Ok..hasilnya macam ni setelah dijahit.


4.  Kemudian jahit pula mata dan hidung Hello Kitty ni.


5.  Selepas tu, letakkan penyangkut dan jahit kemas pada kain felt sebelah dalam. Samada menggunakan besi/ring atau boleh juga menggunakan  penyangkut.tali/benang.


6.  Kemudian, ambilkan satu lagi bentuk yang bewarna putih tadi, cantumkan dan jahitkan di  bahagian tepinya seperti di bawah ni. Teknik jahitan yang digunakan adalah jahitan backstitch.

Sumber: Google
Sumber: Google


7.  Dah siap jahit? Jangan jahit sampai habis, make sure tinggalkan sedikit untuk masukkan fiber polyester. Ok..Selepas tu boleh la masukkan fiber polyester kat dalam tu.


8.  Then, boleh la, sambung jahit sehingga habis menutupi fiber polyester kat dalam tu. Akhir sekali jangan lupa matikan benang dahulu sebelum gunting lebihan benang.


Ok..dah siap. Ini la hasilnya key-chain Hello Kitty...-)



Selamat mencuba...=)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).