Kali pertama membuat sendiri untuk langsir rumah. Menjahit langsir tidak la begitu susah seperti menjahit sepasang baju, namun ianya tetap sukar untuk membuat bahagian-bahagian tertentu bagi menampakkan langsir cantik dan kemas. Contohnya seperti bahagian kepala atas langsir.
Walaupun kali pertama memjahit sendiri langsir ni, tapi tetap rasa puas hati kerana ianya menjadi. Apa yang penting ianya kelihatan cantik dan simple.
Menjahit langsir memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ianya melibatkan ukuran kain yang besar dan banyak.
Ini adalah langsir untuk sliding door dan juga pintu gerbang ke dapur. Untuk langsir sliding door diletakkan dengan satu lapisan langsir alas putih. Langsir ini menggunakkan 3 rail iaitu untuk langsir alas putih, badan langsir dan kepala langir.
Manakala untuk langsir pintu gerbang ke dapur pula hanya menggunakan 2 rail sahaja iaitu untuk badan langsir dan kepala langsir.
cantik..nak tempaj boleh?hehe
ReplyDeleteboleh..tak de masalah...:)
Delete