Jadi Follower di Sini

Wednesday 14 August 2013

Baju Melayu Kanak-Kanak (Baju Melayu Johor)

Salam...

Teruja benar nak menjahit sendiri baju melayu untuk anak saya ni (Afif, 1 tahun). Maklum la ini first time buat baju melayu ni.  Nak jahit baju melayu cekak musang tak reti lagi (belum kursus.hehehe..). 

Try jugak buat baju melayu johor ni dan alhamdulillah ianya menjadi :) Nasib baik menjahit baju melayu untuk kanak-kanak ni senang sket. Just jahit baju dan seluar pun bergetah penuh je.


Baju Melayu Johor atau dikenali juga Baju Melayu Teluk Belanga merupakan salah satu pakaian tradisional bagi orang lelaki Malayu. Apatah lagi dekat-dekat nak raya, ramai la yang membeli dan menempah baju melayu masing-masing. Tidak ketinggalan dengan suami dan anak saya, hehe... 

Untuk anak saya, baju melayu teluk belanga ni memang sesuai kerana bentuk lehernya yang simple. Ia sesuai untuk anak saya yang masih kecil kerana tak 'panas' dan terlalu rimas bila dipakai. 

Ok, yang berwarna hijau ni la baju melayu anak saya. Bukan untuk anak saya je, saya juga jahit unuk anak buah saya yang sebaya dengan anak saya, berumur 1 tahun jugak. Baju yang berwarna maroon tu yang anak buah saya punya. Kakak saya suruh saya jahitkan, sebab katanya kat kedai susah nak dapat baju melayu saiz kecil . Kalau ada pun kene alter balik, bahagian lengan baju, kaki seluar yang panjang sangat. (yelah, kat kedai jual dengan ukuran standard saiz kan.) Baju yang warna coklat tu pula, baju yang kakak saya suruh alter. Lengan dan kaki selaur labuh sangat. hehe... 


Seronok jugak jahit baju melayu ni. Keseluruhannya senang jugak la nak buat, cuma yang bermasalah sikit pada bahagian poket. Sorry la kak long kalau jahitan kat bahagian poket tu tak berapa cantik. hehehe...1st try, faham-faham la.:) InsyaAllah kalau berkesempatan nanti nak belajar jahit baju melayu cekak musang pula. 





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).