Jadi Follower di Sini

Saturday, 29 November 2014

Cara Menjahit Getah 'Single' di Lengan Baju

Sebelum ni, Ida ada tunjukkan cara menjahit getah di lengan baju menggunakan benang getah. Tutorial kali ni lebih kurang sama cuma, getah yang digunakan adalah getah tunggal/single bukannya benang getah yang saiznya lebih halus.


Getah tunggal yang digunakan adalah berukuran lebih kurang 0.2 " sahaja. Kecil tapi memadai digunakan untuk menghasilkan kedutan pada pergelangan lengan baju.


Persediaan Menjahit Getah 'Single' di Lengan Baju. 

Cara yang macam ni, tidak memerlukan basi yang banyak dipegelangan lengan baju, iaitu lebih kurang 1/2 inci sahaja untuk dilipat dan dimasukkan getah. 

Sebenarnya baju ni dah siap jahit tepi halus (claim halus) macam ni dan sudah mengikut ukuran lengan yang sebenar. Tapi, Ida tak suka dan nak tambah getah dipergelangan lengan baju ni. 

Bagi yang tidak jahit tepi juga boleh dengan cara melipat bahagian tepi tersebut dan dijahit. 




Alatan yang Diperlukan.

Sediakan 2 keping getah untuk kedua-dua lengan baju. Ukuran panjang getah yang diperlukan adalah mengikut kelonggaran keliling pergelangan tangan, salalunya 7"-8".



Teknik/Cara Menjahit Getah 'Single' di Lengan Baju.

Terdapat banyak teknik untuk menjahit getah ni samada jahit dan buat lubang getah, kemudian cucuk getah dan cantumkan. 

Memandangkan lubang getah ni kecil, 1/2 " je so Ida lebih suka getah ini dijahit terus dengan cara lipat 1/2" dan letak getah ditengahnya dan jahit tanpa terkena getah.

Apa yang selalunya menjadi masalah dan kesukaran ialah getah yang pendek dan sukar untuk dijahit bila kain mula menghasilkan kedutan. So, ini cara Ida, iaitu:

1.  Letakkan satu benang menggunakan jarum, cucuk dan dimatikan dengan kukuh pada pangkal getah tersebut. Tujuannya supaya mudah untuk ditarik ketika menjahit nanti. 


2. Mulakan menjahit dibahagian percantuman kain lengan baju, kemudian jahit disekeliling pegelangan lengan baju dengan meletakkan getah ditengah dan pastikan jahitan tidak terjahit getah.


3. Seperti biasa, untuk memudahkan menjahit disekeliling pergelangan lengan baju ni, tanggalkan penutup pada bahagian mesin jahit bagi tujuan menjahit keliling lengan baju. 


4.  Jahit sehingga selesai dan berhenti serta matikan jahitan sebelum bertemu jahitan mula. Tinggalkan ruang untuk getah ditarik keluar dan tanggalkan benang 'penarik' tadi. 



5.  Kemudian cantumkan antara kedua-dua bahagian mula dan akhir getah.


6. Tarik dan samakan kedudukan getah, kemudian boleh la jahit diruang yang terbuka tadi sehingga semuanya tertutup.


7.  Memandangkan saiz getah yang gunakan adalah kecil, ianya memadai tanpa menjahit tindih diatas getah.

8.  Siap..ini lah hasilnya..


Selamat mencuba.



1 comment:

  1. Thanks for sharing. Mau tahu hal penting apa saja yang harus diperhatikan dalam proses menjahit pakaian?. Anda bisa mendownload tutorial menjahit di Fitinline.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).