Jadi Follower di Sini

Saturday 29 November 2014

Cara Menjahit Getah Pada Lengan Baju

Suka sangat pakai baju yang ada getah macam ni terutamanya pada baju kurung. Sebab bila nak ambil wudhu' senang untuk sinsing lengan baju ni. Bila dah ada getah macam ni tak perlu lagi lengan baju ni basah kuyup kerana selalu terjatuh dan terkena air. 


Selain daripada itu juga, ianya lebih bersifat menutup aurat di pergelangan tangan kerana dengan adanya getah ini, ia akan menahan lengan baju dari jatuh dan naik sehingga menampakkan lengan sehingga ke siku.  

Bukan itu sahaja, ternyata ianya nampak lebih cantik dan kemas. Selalunyanya bila baju ada getah macam ni menjadi penyeri tambahan pada baju. 

Getah berkedut pada lengan baju sangat sesuai dan cantik pada semua jenis baju, tak kisah la apa jenis baju sekali pun termasuk blouse atau baju kurung. 

Cara menjahit getah pada lengan baju ni tak susah pun. Boleh dijahit sendiri. Terdapat pelbagai cara dan teknik menjahit untuk meletakkan getah pada lengan baju ni. Salah satunya sebagaimana yang akan ditunjukkan.


Persediaan Menjahit Getah Pada Lengan Baju.

1.  Terlebih dahulu, untuk menjahit getah pada lengan baju ni perlu la, menyediakan lebihan basi lengan baju lebih kurang 1" hingga 1.5" dari ukuran panjang lengan. Ini adalah bagi memberi ruang pergelangan lengan baju ni berkedut sempurna dan lengan baju pula tidak singkat. 


2.  Terpulang samaada untuk menjahit tepi jenis halus atau pun jahit tepi yang biasa. Sebagaimana yang Ida gemar jahit tepi halus, jadi tidak perlu membuat lipatan basi di bahagian ini. Jika jahit tepi biasa / tidak ada jahit tepi perlulah membuat lipatan basi dibahagian ini. 

Sebagaimana gambar, Ida hanya membuka semula lipatan basi yang 1.5" pada lengan baju kurung yang sebelum ni dan dijahit dengan jahit tepi halus pada hujungnya.

Alatan dan Keperluan.

Alatan asas untuk menjahit mestilah ada terutamanya mesin jahit, benang, gunting dan jarum. Alatan lain yang diperlukan untuk menjahit getah pada lengan baju ni ialah benang getah, dan benang biasa mengikut warna kain.


Teknik / Cara-cara Menjahit Getah Pada Lengan Baju.

1.  Caranya, benang getah adalah sebagai benang bawah dan diletakkan digulung dan diletakkan pada sekoci seperti biasa.


2.  Kemudian dijahit pada pergelangan baju dengan jarak dari pergelangan tangan lebih kurang 1/2". 


3.  Mulakan menjahit pada bahagian percantuman jahitan pergelangan lengan baju, sehingga bertemu tempat percantuman semula. Tak perlu buka percantuman lengan baju ni, nak senang jahit buka bekas tempat menjahit tu, dan masukkan lengan baju, so boleh jahit sambil memusingkan lengan baju secara membulat sambil menjahit.

4.  Matikan pada bahagian hujung dengan kemas, supaya getah dan juga benang tidak tercabut. 

5.  Ini adalah hasilnya untuk satu lilitan jahitan benang getah. 


6.  Terpulang untuk membuat beberapa lilitan jahitan benang getah ni, namun kalau banyak nampak lebih cantik dan kemas. Sebagaimana contoh, 7-10 lilitan jahitan. Jarak antara satu lilitan adalah lebih kurang 0.2" atau 2 hun. 


7.  Sekarang dah siap. Ini lah hasilnya menjahit getah pada lengan baju tadi. 


Selamat mencuba...;)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).