Jadi Follower di Sini

Thursday 3 October 2013

Kain Batik Sarung Wanita

Entri kali ni, sekadar untuk pengisian dan perkongsian bersama. Anda pernah menggunakan kain batik? Tapi tidak dinafikan mungkin ramai yang pernahkan? Muda-mudi sekarang lebih selesa jika berseluar atau skirt. Kain batik ni, mak-mak atau nenek-nenek kita yang pernah pakai kan...

Tak kisah lah..Minggu lepas Ida jahit kain batik ni. Selalunya, bila kita beli kain ni keadaannya samada berjahit (sudah bercantum) mahupun tidak berjahit (tidak bercantum). Rasanya ini la kain yang paing senang nak jahit. Jahit lurus je. Ada 2 cara mencantumkan kain batik ni. 

Pertama, jahit tepi (claim tepi), kemudian dijahit lurus supaya kain sarung ini bercantum.



Kedua, tak perlu jahit tepi. Tekniknya seolah-olah mengulung (melipat tepi kain) dan dijahit untuk mencantumkan kain sarung ini.



Paling popular kain batik sarung wanita Tiga Serangkai ni. Sarung Batik Tiga Serangkai ni berasal dari Malaysia, Indonesia, dan ada juga dari negara-negara lain. 


Paling glamour sekali yang made in Indonesia ni kerana kainnya tebal dan lebar. Harganya pulak berbeza kerana kualitinya yang bagus. 






No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).