Jadi Follower di Sini

Friday 4 October 2013

1st Time Menjahit Baju Kurung Moden

Hai semua..Happy sangat bila dah siap baju yang dijahit kali ni. Ini kali pertama cuba menjahit kurung moden dengan design sendiri pulak tu. =) 


Baju kurung moden berbeza dari baju kurung trdisional. Ini kerana, baju kurung moden tidak mempunyai pesak. Baju kurung moden kelihatan lebih cantik kerana ukuran baju mengikut badan kita. Ketat atau longgar, terpulang pada si pemakai. Tapi jangan la pakai yang ketat-ketat sangat ek.

Thursday 3 October 2013

Kain Batik Sarung Wanita

Entri kali ni, sekadar untuk pengisian dan perkongsian bersama. Anda pernah menggunakan kain batik? Tapi tidak dinafikan mungkin ramai yang pernahkan? Muda-mudi sekarang lebih selesa jika berseluar atau skirt. Kain batik ni, mak-mak atau nenek-nenek kita yang pernah pakai kan...

Tak kisah lah..Minggu lepas Ida jahit kain batik ni. Selalunya, bila kita beli kain ni keadaannya samada berjahit (sudah bercantum) mahupun tidak berjahit (tidak bercantum). Rasanya ini la kain yang paing senang nak jahit. Jahit lurus je. Ada 2 cara mencantumkan kain batik ni. 

Pertama, jahit tepi (claim tepi), kemudian dijahit lurus supaya kain sarung ini bercantum.