Jadi Follower di Sini

Monday 8 July 2013

Mesin Jahit VS Samsung Galaxy Tab2

Salam....

Kali ni nak share kisah Mesin Jahit VS Samsung Galaxy Tab2. Bunyi macam menarik je kan. Mesin jahit dan Samsung Galaxy Tab2 merupakan dua benda yang sangat berbeza. 


Al-kisah nya, saya dah lama nak kan mesin jahit tepi sendiri, maklum la sebelum ni semua kain-kain kene hantar kat kedai. Sepasang baju RM3. Bayangkan dah berapa banyak baju yang dah siap ni... Bukan tak mampu nak beli, tapi faham-faham je la beberapa bulan lepas baru beli mesin jahit lurus tu. Nak beli kedua-duanya sekali gus 'botak la kepala'...hehe. 
Suami saya ada tanyakan mengenai hal ni, kalau nak dia nak belikan. Kesian pulak dekat my husband, saya cakap tak pe la dulu, tunggu budget lebih sket boleh la beli. Kebetulan 7 Julai, is my birthday. Suami saya tanya lagi, hadiah hari jadi kali ni nak apa? 

Dia sememangnya sudah tahu saya dah lama jugak mengidamkan Samsung Galaxy Tab. Senang nak tengok laman muka buku ke, tengok blog ke.... Hmm...nampaknya saya kene buat option la sama ada nak mesin jahit atau pun Samsung Galaxy Tab. Harga mesin jahit tepi ni RM1000++ dan harga Samsung Galaxy Tab juga RM1000++. Dari segi harga dua-dua sama mahal dan sama murah..Falsafah diri  saya, kalau nak beli ikut keperluan bukan ikut kemahuan. Jadi, terpaksa la saya memilih  yang lebih penting dari apa yang penting...iaitu mesin jahit. Bagi saya mesin jahit memang lebih penting untuk membantu melancarkan tugasan hari-hari di 'ofis' jahitan saya tu.hehe...

Tengok mesin jahit dalam catalog Singer
Ok la, setelah decide macam tu, beberapa hari kemudian saya dibelikan dengan sebuah mesin jahit tepi (overedge Machine) jenama Singer sebagaimana yang kami survey sebelum ni. Nak beli bukannya susah, pagi buat confirmation dan bayar booking sket, petang 'orang singer' datang hantar. Bayaran penuh bayar time mesin tu dah siap pasang dan sedikit tutorial tentang cara menggunakan mesin. Ok la, rasanya faham, dan boleh praktis supaya lebih biasa dengan mesin baru ni. Wahh....Happy dah dapat mesin baru ni, senang la buat kerja nanti.
Kawan baru untuk mesin yang lama tu.hehehe..
Tiba hari birthday saya..tahun ni jatuh hari Ahad. Kebetulan hari minggu, kami dah ada planning untuk keluar jalan-jalan dan makan-makan. What a surprised from my husband, saya bangun pagi tengok ada satu kotak warna hitam dalam plastik Samsung. Apa ni??? Dah agak dah, mesti tablet..Wow..sukernya..terharu, terharu.....;( "Hadiah birthday untuk mama", kata suami. "Tq papa...". Dalam hati hairan juga, kenapa belikan tablet ni, kan dah belikan mesin jahit? Katanya mesin jahit tu memang dah lama masuk dalam budget, memang nak beli dah pun. Tablet ni pulak memang nak hadiahkan untuk birthday kali ni. Oooo..yeke, nape tak cakap awal-awal, tak de la pening duk pikir nak yang mane satu. hehehe... Katanya lagi, "kalau dah beritahu, takde la namanya suprise". (Dalam hati ni sebenarnya tak berapa suprise pun, sebab sebelum ni dia memang dah ajak survey tablet ni. Tapi, ingatkan survey saja-saja je, tak nak beli..hehe) Yela, apa pun terima kasih untuk my husband. Love u a lot:*

Ok, itulah ceritanya Mesin Jahit VS Samsung Galaxy Tab2. Akhirnya kedua-dua saya dapat, walaupun pada mulanya kene pilih salah satu. Alhamdulillah..:)








No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).