Jadi Follower di Sini

Friday 4 October 2013

1st Time Menjahit Baju Kurung Moden

Hai semua..Happy sangat bila dah siap baju yang dijahit kali ni. Ini kali pertama cuba menjahit kurung moden dengan design sendiri pulak tu. =) 


Baju kurung moden berbeza dari baju kurung trdisional. Ini kerana, baju kurung moden tidak mempunyai pesak. Baju kurung moden kelihatan lebih cantik kerana ukuran baju mengikut badan kita. Ketat atau longgar, terpulang pada si pemakai. Tapi jangan la pakai yang ketat-ketat sangat ek.


Okeh..berbalik pada baju kurung moden yang di design sendiri ni ye. Sebenarnya, masa mula-mula menjahit baju ni, dah set in mind awal-awal, tak kisah la hasil baju ni cantik ke tak, asalkan jadi baju. Sambil-sambil belajar buat kurung moden kan. Lagi pun ada lebihan kain untuk jahit baju melayu Afif dulu, tak banyak kurang 2-3 inci nak cukup 2 meter. Huhh...Nasib baik cukup untuk jahit kurung moden ni. Tak gunakan membazir pulak. Nanti boleh la pakai sedondong dengan Afif. 

Leher baju ni, Ida tak nak bentuk bulat biasa, atau bentuk macam baju kurung tradisional tu. Untuk baju ni, just buat bentuk "v" kecil bagi menambahkan kelainan bagi baju ni. Secara amnya, baju kurung moden ni kurung moden yang biasa je dan ada zip kat belakang. Baju ni sesuai pulak dengan skirt warna kelabu yang dah ada tu. Skirt ni skirt kembang payung. Labuh baju atas paras lutut sebab nak bagi nampak kain yang kembang kat bawah tu. Tapi labuh baju still bawah punggung. Ida tak jahit skirt ni, beli je. Kurung moden sesuai dipakai dengan skirt duyung, kain belah sarung, skirt fish tale dan macam-macam lagi. 

Memandangkan baju ni kain kosong, so kali ni nak try jahit lace kat pergelangan baju dan bawah baju ni. Trend letak lace kat baju ni, semakin menular. Cantik jugak letak lace ni. Tapi, mahal jugak lace ni. Setelah survey di beberapa buah kedai sekitar KK , harga lace ni average dalam RM15.90 dan keatas semeter. Lace yang cantik-cantik dalam RM30 keatas semeter. Mahalkan..Patut la baju yang ada lace ni mahal-mahal kan. Kalau korang tahu tak tempat jual lace murah boleh inform ek...


So, lace yang Ida beli ni tak de la mahal sangat, RM16.90 semeter. Lace yang biasa je ni. Untk baju ni 1/2 meter ngam-ngam cukup. Tapi lain kali kene beli lebih sikit, incase tiba-tiba tak cukup, kene beli 3/4 meter baru betul-betul cukup. Lace ni akan lebih cantik bila dijahit pulak dengan mutiara. Mutiara yang Ida jahit ni simple je. Just guna mutiara putih dalam 2 saiz (besar dan kecil).

Teruja nak jahit lagi! So, apa komen korang. Cantik tak? =)





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).