Jadi Follower di Sini

Monday 26 May 2014

Cover Mesin Basuh D Shape: Tempahan Norlidah

Ini la cover mesin basuh sebagaimana yang diminta oleh Norlidah. Ini juga merupakan first time Ida buat cover mesin basuh yang berbentuk half round atau D shape. Sebelum ni selalu jahit cover mesin basuh yang berbentuk segi empat  je. 


Agak susah juga, kerana ianya memerlukan ukuran yang betul-betul tepat bagi mendapatkan saiz dan bentuk ukuran permukaan/penutup mesin basuh yang berbentuk separuh bulat. Tapi atas kerjasama empunya mesin basuh memberikan segala ukuran-ukuran yang diperlukan, akhirnya ia berjaya disiapkan juga.



Semua gambar dan ukuran adalah sebagaimana yang diberikan oleh Norlidah sendiri menerusi wassup. Antara ukuran yang diperlukan ialah jarak AB, EA, DB, BC, ukurlilit ABCDE dan tinggi mesin basuh tersebut.

Cover mesin basuh bercorak polkadot bewarna merah terang dan hitam ni adalah pilihan warna dan corak dari Norlidah sendiri. Amboii..Merahnya..huhu..tapi cantik..;)


Secara fizikalnya cover mesin basuh ini mempunyai penutup atas, bertali pengikat di bahagian belakang dan berpelekat di bahagian depan penutup.



Allahamdulillah, empunya mesin basuh ni berpuas hati setelah menerima cover mesin basuh yang dihantar. 


Nampaknya lebih bersemangat la nk cuci baju lepas ni..hehe..Anyway, thank you yer..=)



2 comments:

  1. comelnyaaaa..tunggu ada mesin basuh sendiri baru bleh tempah..kena grad dulu la..hee~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).