Jadi Follower di Sini

Saturday 29 November 2014

Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional

Baju Kurung Tradisional adalah baju tradisi yang tak lapuk ditelan zaman. Tahun berganti tahun, abad berganti abad, baju kurung tradisional tetap juga menjadi pilihan si pemakai sehingga ke hari ini. 

Beruntunglah kalau pandai menjahit baju. Tapi kalau tak pandai pun apa salahnya belajar. Walaupun tidak mengambil tempahan sekurang-kurangnya boleh juga jahit baju sendiri. Puas hati daripada beli. Sekarang ni pun, harga upah jahit baju sudah meningkat. 


Kalau macam tu jom dapatkan ebook Panduan Menjahit Baju Kurung Tradisional. Ianya bukan sahaja panduan lengkap mengenai langkah demi langkah menjahit  baju kurung tradisional tetapi juga sangat praktikal dan mudah difahami. 

Zaman sekarang, kita sibuk untuk mengikuti kelas menjahit lagi menjimatkan jika dapatkan ebook ini. Sekurang-kurangnya sebelum menjahit sendiri, kita ada asas secara teori mengenai cara menjahit.



Apa yang menarik sekali ebook Jahit Baju Kurung Tradisional - Panduan Langkah Demi Langkah ini ialah ianya dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal.

Ianya amat sesuai bagi yang ingin belajar menjahit tetapi tidak pasti bagaimana ingin memulakan minat tersebut. Ebook ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat pelbagai jenis baju lagi.

Kandungan ebook ini amat bagus dan lengkap dengan 10 modul menjahit baju kurung tradisional. Bermula dari teknik mengambil ukuran sehinggalah ke teknik kemasan terakhir ada diajar dalam ebook ini. 

Ebook ini boleh didapati dengan tawaran harga yang begitu murah, iaitu hanya RM50.00 sahaja. dan boleh didapati web panduan baju kurung [sini]. Mana tahu ianya bakal menjadi permulaan bagi yang berminat mula belajar menjahit.

Untuk keterangan lajut boleh terus ke website www.panduanbajukurung.com



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).