Jadi Follower di Sini

Monday, 13 January 2014

DIY: Cara Membuat Key-Chain Hello Kitty dari Kain Felt

Sebut sahaja mengenai DIY rasanya ramai yang sudah tahu kan. DIY atau pun dengan perkataan lainnya "Do It Yourself". Sudah tengok key-chain Hello Kitty yang Ida buat sebelum ni?? Comelkan...hehe.. So, kali ni Ida akan kongsikan bagaimana cara membuat key-chain "Hello Kitty" dengan menggunakan kain felt ni. 


Korang yang berminat nak buat, boleh la cuba buat sendiri kerana cara-caranya mudah sahaja. Gambar-gambar ni Ida ambil sewaktu adik-adik membuat project DIY dorang sebelum ni. 

So, bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas, kain felt bewarna merah, putih, kuning dan hitam, benang menjahit kain felt, jarum, gunting dan fiber polyester. 

Jom kita mulakan!

Sunday, 12 January 2014

Hello Kitty Key-Chain Dari Kain Felt

Hello Kitty merupakan satu lagi watak fiksyen Jepun yang digemari oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Lebih-lebih lagi perempuan yang meminati watak kartun kucing putih tu..hehe..


Hello Kitty juga memiliki bentuk yang cantik selain dan mudah dibentuk dan dijahit. Sebab tu la adik-adik Ida tertarik nak buat key-chain Hello Kitty ni. Sama jugak dengan key-chain yang lain, key-chain Hello Kitty ni, adik Ida yang buat berdasarkan contoh yang Ida buat sebelum ni. 

Key-Chain Kereta Kodok dari Kain Felt

Macam-macam bentuk key-chain dari kain felt yang kita boleh buat. Makin seronok pulak membuat key-chain ni. Dengan menggunakan kreativiti sendiri, bermacam-macam yang boleh kita bentukkan. 


Key-chain kereta kodok ni pun salah satu hasil key-chain yang adik Ida buat baru-baru ini. Hmm...betul ke nama kereta ni kereta kodok??hehe.... Adik-adik yang panggil macam tu, Ida pun terikut sama panggil kereta kodok la..=)

Key-Chain Katak Hijau dari Kain Felt

Musim cuti sekolah dah pun dah pun lepas. So, ini la hasil key-chain yang adik Ida buat time cuti sekolah hari tu. Daripada buang masa tak tentu pasal, lebih baik kita isikan masa dengan melakukan benda-benda yang berfaedah kan. 


Adik-adik Ida suka sangat kumpul key-chain. Selain dari mengumpul key-chain yang dibeli dan hasil dari pemberian kawan-kawan ada jugak hasil key-chain yang mereka buat sendiri kan.. 

Key-Chain Ladybird Dari Kain Felt

Ladybird atau ladybug yang bermaksud kumbang atau kumbang kecil sering menjadi pilihan untuk dijadikan bentuk barangan kraf. Ini kerana bentuknya yang sangat cantik dan menarik, bewarna merah terang dengan bintik hitam kecil di sayapnya serta berkepala dan mempunyai sesungut.  


Selain senang dibentuk dan senang dijahit ianya memang memang sesuai untuk dijadikan beg sandang atau pun key-chain.