Jadi Follower di Sini

Saturday, 8 March 2014

Tempahan Untuk Cover/Sarung Mesin Basuh

Jika ada yang berminat untuk menempah cover/sarung mesin basuh boleh la menghubungi Ida  hubungi 019-6370185 (call & sms), 014-2850506 (whatsapp).

Make sure nanti berikan 3 ukuran mesin basuh ni seperti gambar di bawah ni. Ukuran ni tak kisah la dalam cm, inci, kaki ke sume pun boleh. Janji, Ida boleh boleh dapat ukuran mesin tersebut supaya covernya muat dan tidak longgar.



NOTE: Maaf, tempahan ditutup buat sementara waktu. Terima kasih. 



Cover Mesin Basuh: Tempahan Ain

Dah ramai yang bertanyakan tentang cover/sarung mesin basuh ni. Baru berkesempatan untuk update pasal cover mesin basuh ni. 


Ida gunakan kain cotton untuk membuat cover mesin basuh ni. 2 meter cukup untuk membuat sarung dan penutup mesin basuh ni. Tapi kene pandai-pandai potong kain la. 

Ini adalah cover mesin basuh yang ditempah oleh Ain. Pilihan corak dan warna kain cotton ni adalah berdasarkan kehendak yang diinginkan. 

Tuesday, 25 February 2014

Bantal Kusyen - Tiger Theme

Bantal kusyen yang lama tu, Ida gantikan dengan yang baru jahit ni. Sarung bantal kusyen ni bertemakan ala-ala tiger print gitu.hehe.. Kainnya berbulu dan lembut sangat. 


Friday, 7 February 2014

Bantal Menonton TV

Tak pasti pulak nama sebenar untuk bantal ni. Ida panggil "Bantal Menonton TV" sebab ia sesuai digunakan semasa beristirehat sambil menonton tv. 

Tuesday, 28 January 2014

Kain Pasang Koleksi Februari 2014

Tarikan untuk kain pasang jenis cotton baldu semakin mendapat permintaan. Ini kerana ianya terdapat dalam pelbagai pilihan warna yang cantik serta dihiasai dengan hiasan corak baldu yang menarik. 

Sesuai dijahit untuk raya nanti. Tidak ketinggalan ada yang membeli lebih dari sepasang, untuk dijadikan sedondong pada raya nanti. Alhamdulillah, koleksi kali ini pelanggan boleh membuat tempahan online. Berminat boleh contact Ida  019-6370185 (call & sms) atau 014-2850506 (whatsapp).

Light Blue
[Sold Out]


Blue