Jadi Follower di Sini

Saturday, 29 November 2014

Cara Menjahit Getah 'Single' di Lengan Baju

Sebelum ni, Ida ada tunjukkan cara menjahit getah di lengan baju menggunakan benang getah. Tutorial kali ni lebih kurang sama cuma, getah yang digunakan adalah getah tunggal/single bukannya benang getah yang saiznya lebih halus.


Getah tunggal yang digunakan adalah berukuran lebih kurang 0.2 " sahaja. Kecil tapi memadai digunakan untuk menghasilkan kedutan pada pergelangan lengan baju.


Persediaan Menjahit Getah 'Single' di Lengan Baju. 

Cara yang macam ni, tidak memerlukan basi yang banyak dipegelangan lengan baju, iaitu lebih kurang 1/2 inci sahaja untuk dilipat dan dimasukkan getah. 

Sebenarnya baju ni dah siap jahit tepi halus (claim halus) macam ni dan sudah mengikut ukuran lengan yang sebenar. Tapi, Ida tak suka dan nak tambah getah dipergelangan lengan baju ni. 

Bagi yang tidak jahit tepi juga boleh dengan cara melipat bahagian tepi tersebut dan dijahit. 

Cara Menjahit Getah Pada Lengan Baju

Suka sangat pakai baju yang ada getah macam ni terutamanya pada baju kurung. Sebab bila nak ambil wudhu' senang untuk sinsing lengan baju ni. Bila dah ada getah macam ni tak perlu lagi lengan baju ni basah kuyup kerana selalu terjatuh dan terkena air. 


Selain daripada itu juga, ianya lebih bersifat menutup aurat di pergelangan tangan kerana dengan adanya getah ini, ia akan menahan lengan baju dari jatuh dan naik sehingga menampakkan lengan sehingga ke siku.  

Bukan itu sahaja, ternyata ianya nampak lebih cantik dan kemas. Selalunyanya bila baju ada getah macam ni menjadi penyeri tambahan pada baju. 

Getah berkedut pada lengan baju sangat sesuai dan cantik pada semua jenis baju, tak kisah la apa jenis baju sekali pun termasuk blouse atau baju kurung. 

Cara menjahit getah pada lengan baju ni tak susah pun. Boleh dijahit sendiri. Terdapat pelbagai cara dan teknik menjahit untuk meletakkan getah pada lengan baju ni. Salah satunya sebagaimana yang akan ditunjukkan.

Wednesday, 17 September 2014

Sedondong Penyeri Hari Raya

Bila tiba musim perayaan, rata-rata tempahan menjahit baju adalah menjahit baju dari kain warna yang sama, atau sedondong. 


Rata-rata ramai yang berpendapat berpakaian sedondong boleh memberikan suasana kebahagiaan, persefahaman dan keharmonian serta menyerikan lagi sesuatu majlis.

Selain itu tidak dinafikan bersedondong menjadikan sesebuah majlis lebih meriah seperti pada hari raya, kenduri perkahwinan dan sebagainya.

Baju Kurung Kanak-kanak

Comel pulak bila melihat baju kurung ni. Baju kurung ni dijahit untuk hari raya sebelum ni. Kalau emaknya bergaya dengan baju kurung, anak pun tak sah kalau tak memakai baju kurung juga.


Ini adalah baju kurung adik Damia, berusia 1 1/2 tahun. Kecil dan comel je. Kain untuk baju adalah dari kain yang agak nipis supaya selesa dipakai dan tidak panas. 


Langsir

Kali pertama membuat sendiri untuk langsir rumah. Menjahit langsir tidak la begitu susah seperti menjahit sepasang baju, namun ianya tetap sukar untuk membuat bahagian-bahagian tertentu bagi menampakkan langsir cantik dan kemas. Contohnya seperti bahagian kepala atas langsir.