Pilih mana satu berkenan di hati. Kain design baru,corak terkini dan terhangat di pasaran. Juga boleh lihat di FB page dan LIKE page untuk lihat lebih banyak New arrivals Collection!!
Jadi Follower di Sini
Wednesday, 29 May 2013
Monday, 20 May 2013
Sepasang Lagi Kurung Pahang (Sis Ayu)
Sekarang banyak plak trend kurung pahang kain berkaki ni. Inilah kurung pahang Sis Ayu (11 tahun). Bertemakan blue and grey color..:)
Sunday, 19 May 2013
Kurung Pahang Kain Bersulam (Sis Aina)
Alhamdulillah...dah siap kurung pahang adik Aina (13 tahun). Cantik kan..bila tengok baju ni, teringin nak satu untuk diri sendiri ni (kalau sempat jahit la.hehe..)Kain dia pun lembut kain cotton viscose kalau tak silap.
Friday, 17 May 2013
Kurung Tradisional dengan Jahitan Manik di Pergelangan Tangan (Mas, Perak)
Tuesday, 14 May 2013
Kurung Pahang Sedondong Kak Ieta (Seremban)
Setelah lama tertangguh nak siapkan baju Kak Ieta ni, siap juga akhirnya :) Kak Ieta menempah Kurung Pahang Saiz M dan untuk baby nya Saiz 0-1 tahun.
Kak Ieta nak baju sedondong ni, katanya untuk pakai raya nanti. Wah, meriah la raya nanti nampaknya kalau pakai sedondong ni. heeee....
Wednesday, 8 May 2013
Tips Menjaga Baju Bermanik
Penat setelah seminggu balik kampung, kini kene kembali menyiapkan tempahan pulak la ye. Dah jahit baju yang ada perhiasan seperti bunga, manik, labuci ni ramai pula yang bertanya macam mana nak menjaga baju ni.
Mungkin
ramai yang berpendapat baju yang ada perhiasan tambahan seperti ini memang nampak
cantik, tapi nak menjaganya pun mesti susah. Tak adalah..tak susah mana pun.
Ini adalah beberapa tips penting jugak la yang sempat saya search untuk
dikongsikan bersama.
Pertama: Mesti basuh
tangan. Tak susah pun, kalau rasa malas sangat (hehe..) rendam je dengan air
sabun. Setakat baju kita pakai tu tak ada la kotor sangat kan, bukan bermain
lumpur pun (ye dak?) Yang penting jangan guna mesin basuh untuk basuh atau
untuk keringkannya.
Kedua: Bila dah basuh, perah dan jemur. Jemur pula kalau boleh
jangan jemur direct di kawasan panas sangat dan terbalikkan baju tu, jemur di
sebelah belakang.
Ketiga: Dah kering, masa untuk menggosok (iron) pula. Cara
gosok pula kene la iron dari belakang baju. Kalau ada steam iron lagi ok, tak
pun sembur je la dengan air kat belakang baju tu. Lagi ok, lapik dengan kain lain baru iron.
Ok..rasanya tak susah pun kan…senang je untuk baju kesayangan kita J
Label:
Tips
No comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)