Penat setelah seminggu balik kampung, kini kene kembali menyiapkan tempahan pulak la ye. Dah jahit baju yang ada perhiasan seperti bunga, manik, labuci ni ramai pula yang bertanya macam mana nak menjaga baju ni.
Mungkin
ramai yang berpendapat baju yang ada perhiasan tambahan seperti ini memang nampak
cantik, tapi nak menjaganya pun mesti susah. Tak adalah..tak susah mana pun.
Ini adalah beberapa tips penting jugak la yang sempat saya search untuk
dikongsikan bersama.
Pertama: Mesti basuh
tangan. Tak susah pun, kalau rasa malas sangat (hehe..) rendam je dengan air
sabun. Setakat baju kita pakai tu tak ada la kotor sangat kan, bukan bermain
lumpur pun (ye dak?) Yang penting jangan guna mesin basuh untuk basuh atau
untuk keringkannya.
Kedua: Bila dah basuh, perah dan jemur. Jemur pula kalau boleh
jangan jemur direct di kawasan panas sangat dan terbalikkan baju tu, jemur di
sebelah belakang.
Ketiga: Dah kering, masa untuk menggosok (iron) pula. Cara
gosok pula kene la iron dari belakang baju. Kalau ada steam iron lagi ok, tak
pun sembur je la dengan air kat belakang baju tu. Lagi ok, lapik dengan kain lain baru iron.
Ok..rasanya tak susah pun kan…senang je untuk baju kesayangan kita J
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).