Setelah lama tertangguh nak siapkan baju Kak Ieta ni, siap juga akhirnya :) Kak Ieta menempah Kurung Pahang Saiz M dan untuk baby nya Saiz 0-1 tahun.
Kak Ieta nak baju sedondong ni, katanya untuk pakai raya nanti. Wah, meriah la raya nanti nampaknya kalau pakai sedondong ni. heeee....
Inilah baju untuk si kecil baby Rabiatul Syazwani Adawaiyah (7 bulan). Teruja nak siapkan baju baby ni, tak sabar nak tengok macam mana la hasilnya kan. Kecil dan comel je....:D
Ini lah photo-photo kurung baby Kak Ieta. Harap Kak Ieta suka. Kalau la saya dah ada baby girl boleh la jahit untuk baby girl saya pula. InsyaAllah...:)
Sebelum di jahit dengan manik dan bunga. |
Baju |
Kain tepi susun dijahit. |
Pergelangan Tangan |
Leher |
Untuk saiz kurung baby yang kecil dan comel ni boleh lihat di Saiz Baju Kurung.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).