Jadi Follower di Sini

Saturday 28 December 2013

Bantal Comel

Selain daripada bantal-bantal biasa atau bantal kusyen koleksi bantal comel ini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bantal baldu yang mempunyai message atau teks huruf tertentu ni sering menjadi pilihan untuk jadikan sebagai hadiah, perhiasan, koleksi peribadi dan sebagainya. 


Selalunya kain baldu yang lembut digunakan untuk membuat mainan kanak-kanak seperti teddy bear. Bagi anak lelaki Ida yang sorang ni, takkan nak bagi dia main teddy bear pulak kan. So, terlintas difikiran ni untuk membuat bantal untuknya dengan meletakkan gambar-gambar kegemaran. 


Bantal comel yang Ida jahit ni sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya lembut. Tengok saja aksi si comel bila dapat bantal kegemarannya. Gembira dapat tengok anak kita happy kan...:)





So...Ini lah antara hasil bantal comel yang sempat Ida buat dalam pelbagai bentuk seperti segi empat, love, dan burung hantu. Sebenarnya banyak bentuk lagi yang boleh kita buat mengikut citarasa yang kita inginkan. Bantal ini adalah dari kain seakan-akan kain baldu lembut dan isian bantal pula ialah fiber polyester. 





Ida letakkan zip supaya senang untuk keluarkan fiber polyester tersebut dan boleh dibasuh bila perlu.





Cantikkan....? Boleh la nanti nak bagi hadiah untuk anak saudara satu..hehe...:)




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).