Jadi Follower di Sini

Friday 27 December 2013

Bantal Kusyen

Rasanya tidak lengkap sofa anda jika tidak dilengkapi dengan bantal kusyen ni kan. Terutama bagi perempuan, bila duduk je atas sofa, tangan ni mesti nak memegang sesuatu untuk diletakkan di atas riba ketika duduk.  So, ini lah hasil jahitan Ida pada kali ni iaitu set bantal kusyen untuk sofa. 


Set bantal kusyen ni bukan sahaja menaikkan seri rumah malah mencantikkan dan melengkapkan lagi perabot yang ada di dalam rumah terutamanya sofa. Pemilihan warna bantal kusyen mestilah warna yang contra (berlainan) dengan warna sofa supaya lebih menyerlahkan lagi kewujudannya. Kadang kala ianya di padankan dengan warna karpet yang dihamparkan dibawah set sofa.




Material yang Ida gunakan untuk menjahit bantal kusyen ini ialah kain dari jenis baldu yang berbulu lembut serta bercorak baldu yang tersendiri. Isian bantal ini adalah fiber polyster yang lembut dan ringan. Bagi memudahkan dibasuh ia dijahit sebagai sarung bantal kusyen yang berzip supaya mudah untuk menukar dan membasuhnya bila perlu. 


Material kain baldu ini juga senang untuk dicuci iaitu dengan merendamkannya dengan air sabun dan dikeringkan. Kain baldu mendapat tempat untuk dijadikan bantal kusyen kerana ianya bertekstur berlulu lembut dan halus. Terdapat juga bantal kusyen dari kain-kain lain seperti kain cotton bergantung kepada kesesuaian tersendiri. 


Saiz yang sesuai untuk bantal kusyen adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil bergantung kepada kesesuaian. Kebiasaannya dalam bentuk segi empat sama yang bersaiz 12" x 12" hingga 18" x 18". Saiz yang biasanya terdapat di pasaran adalah 16" x 16". 





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).