Jadi Follower di Sini

Wednesday, 3 April 2013

Menambah Perhiasan Pada Tudung



Tudung ni kelihatan kosong je kan. Jom kita tambah perhiasan pada tudung ni..

Saya akan gunakan kuntuman bunga 3D ni (lupa la apa nama bunga ni...), mutiara bersaiz kecil dan manik bersaiz panjang (entah la saiz berapa mm..).

Mula-mula saya akan jahit kuntuman-kuntuman bunga ni pada tudung.



Untuk dijadikan daun bunga ni, saya akan jahit manik yang warna hijau ni, 3 cukup la..hmm...macam ni la bunga tu kelihatan..cantik kan...



Manik hijau tadi dijahit pada keseluruhan kuntuman bunga.



Pastu, jahit tabur mutiara kecil ni pula. Tabur-tabur je...


Dah siap....




Tudung ni saya akan pakai esok, sempena majlis convocation husband esok :-)










Jahitan Manik Bermula..:)

Mula-mula nak menjahit manik ni pening jugak, sebab tak tahu pattern yang macam mana nak buat. Bila dah jahit sikit-sikit idea ni datang. Maka jahitan manik akan di jahit mengikut idea yang mencurah-curah tu....hehehe

Pergelangan Tangan


Corak Manik Tabur


Jahitan pada Leher. 


Baju Kurung Riau untuk Dijahit Manik

Baju kurung riau ni siap beberapa hari lepas. Saya buat saiz S, M, dan L untuk dijahit dengan manik pada bahagian leher dan pergelangan tangan.








Sekarang masih dalam proses. Nanti dah siap baru boleh upload yang betul-betul complete :)




Menjahit Manik

Baju kurung riau yang dijahit tu dah siap. Nak jahit manik pulak. Ok...kene sediakan bahan-bahannya dulu. Bahan-bahannya adalah.....(oppss...macam nak buat masakan pulak..;p)  

Manik, labuci dan mutiara kecil








Alat-alat jahitan lain yang banyak membantu....
Snipper
Penetas benang.
Benang dan juga jarum.


Cover Mesin Basuh



Tengok gambar ni mesti tertanya-tanya apa ni kan. hehe...ok la..Kali ini saya ingin kongsikan bersama cover mesin basuh yang saya dah buat ni.

Dulu cover mesin basuh ni memang dah ada, tapi dah lama sangat dah luntur dan koyak. Maklum la beli kat pasaraya je.

Senang cerita saya jahit sendiri la. Kesian tengok mesin basuh ni, nak baju baru ye...:P Saya gunakan kain cotton untuk buat 'baju baru' untuk mesin basuh saya ni.

Pelekat dijahit di bahagian depan mesin basuh.

Ini lah rupanya. Cantik pn bila dah ada cover  ni.

Penutup atas mesin.

Sekarang dah cantik...:)