Jadi Follower di Sini

Wednesday, 17 September 2014

Sedondong Penyeri Hari Raya

Bila tiba musim perayaan, rata-rata tempahan menjahit baju adalah menjahit baju dari kain warna yang sama, atau sedondong. 


Rata-rata ramai yang berpendapat berpakaian sedondong boleh memberikan suasana kebahagiaan, persefahaman dan keharmonian serta menyerikan lagi sesuatu majlis.

Selain itu tidak dinafikan bersedondong menjadikan sesebuah majlis lebih meriah seperti pada hari raya, kenduri perkahwinan dan sebagainya.

Baju Kurung Kanak-kanak

Comel pulak bila melihat baju kurung ni. Baju kurung ni dijahit untuk hari raya sebelum ni. Kalau emaknya bergaya dengan baju kurung, anak pun tak sah kalau tak memakai baju kurung juga.


Ini adalah baju kurung adik Damia, berusia 1 1/2 tahun. Kecil dan comel je. Kain untuk baju adalah dari kain yang agak nipis supaya selesa dipakai dan tidak panas. 


Langsir

Kali pertama membuat sendiri untuk langsir rumah. Menjahit langsir tidak la begitu susah seperti menjahit sepasang baju, namun ianya tetap sukar untuk membuat bahagian-bahagian tertentu bagi menampakkan langsir cantik dan kemas. Contohnya seperti bahagian kepala atas langsir. 

Monday, 26 May 2014

Koleksi Kain Pasang Jun 2014: Kain Cotton [Edisi Raya 2014]

Good News!! Peminat-peminat kain cotton untuk Raya 2014. Pembelian online dibuka mulai sekarang. Siapa cepat dia dapat. 

Berminat boleh hubungi Ida, 019-6370185 (call & sms), 014-2850506 (whatsapp). 

Cotton Baldu

- Kain tebal
-Berbatu
-Pelbagai corak baldu menarik
-Warna baldu hitam/putih
-Pilihan warna terhad

Cotton Baldu-Pink Belacan
Kod: CB 001

Cotton Baldu-Purple Pink
Kod: CB 002

Cotton Baldu-Soft Purple
Kod: CB 003

Cover Mesin Basuh D Shape: Tempahan Norlidah

Ini la cover mesin basuh sebagaimana yang diminta oleh Norlidah. Ini juga merupakan first time Ida buat cover mesin basuh yang berbentuk half round atau D shape. Sebelum ni selalu jahit cover mesin basuh yang berbentuk segi empat  je. 


Agak susah juga, kerana ianya memerlukan ukuran yang betul-betul tepat bagi mendapatkan saiz dan bentuk ukuran permukaan/penutup mesin basuh yang berbentuk separuh bulat. Tapi atas kerjasama empunya mesin basuh memberikan segala ukuran-ukuran yang diperlukan, akhirnya ia berjaya disiapkan juga.