Jadi Follower di Sini

Thursday, 28 February 2013

Baju Kurung Untuk Menghadiri Kenduri Kahwin

Bulan Februari ni banyak pulak kenduri kawin rakan-rakan. Kebetulan memang ada kain yang belum dijahit. Cuma tidak berkenan dengan warna kain yang begitu light pink macam nak purple pun ada. Untuk mengelakkan kain tu terbiar je tak berjahit, saya beli kain yang macam sarung/batik time pergi bercuti Pulau Langkawi hari tu.

Kain ni memang sesuai dijadikan kain untuk baju kurung. Susah jugak nak pilih kain yang matching dengan kain yang ada tu. Tapi bila dah jahit, cantik juga...(puji baju sendiri). Baju ni la saya pakai pergi kenduri kawin time balik kampung husband di Terengganu tempoh hari..:p


Leher biasa je. Tak sempat nak jahit mata lalat sebab jahit pun dah last minute.





Baju ni kainnya agak mudah berkedut.  Tambahan pula gambar ni diambil selepas dibasuh, lagi la nampak kedutannya. Isyk..isykkk..

Hmmm...ini lah saya dan my the only son  kat majlis kenduri kahwin dengan baju yang baru dijahit. hehehe..:p

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).