Jadi Follower di Sini

Tuesday 26 February 2013

Bengkel Jahitan Baju Kurung

Salam...

Entry kali ini saya ingin kongsikan photo-photo semasa saya mengikuti 2 hari bengkel asas  intensif bagi jahitan baju kurung  (Tikfashion) di Dewan Konferen 3, Masjid Al-Ghufran, Balai Islam, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Sebenarnya bukan tak nak ambil kursus-kursus jahitan yang lama berbulan-bulan tu, tapi memandangkan saya susah nak jaga baby yang time tu baru berusia 6 bulan lebih, so bengkel ni la yang terbaik dan berbaloi. Bengkel ni diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu Mr.Husband kerja la pulak, terpaksa hantar baby rumah pengasuh (walaupun untuk sehari). Hari Ahad, Mr.Husband yang jaga baby sendiri (baru tahu camner jaga anak kat rumah ni kan...:P) Tq Mr.Husband kerana bagi support sepenuhnya. (terharu.huhu...). Ok lah, saya share sket la apa yang saya belajar.


Ini draf untuk baju kurung. (Maaf, gambar tak berapa jelas. Takpe la, sebab lukisan memang tak cantik)



 Ini pula draf kain baju kurung. Banyak calculation. Tukang jahit pun kene pandai matematik. (tambah, tolak, bahagi, darab je...hehe)




Ini pula pola baju kurung. (Sorry, pola ni berkedut-kedut sebab duk lipat-lipat dalam file.hehe..) Time-time belajar ni kene la buat pola dulu sebelum gunting kain. Bila dah expert terus ukur dan gunting je, tak perlu buat pola-pola ni sume. Jahit baju sepasang dua yang mula-mula tu saya buat juga, tapi lama-lama tak buat dah. Mungkin dah expert kot (perasan ke...hehe.. :p)

Dan...ini la hasilnya. Siap sepasang baju kurung.
Ini bahagian tepi lipatan kain/susun/fleet yang x di jahit tepi.
Bahagian pinggang.

Ini bahagian leher yang dijahit dengan  mata lalat. (1st time buat mata lalat ni , agak senget-benget  sket ..:p )

Sijil penyertaan. Agak membanggakan juga lah bagi saya yang sebelum ni  tak pandai jahit baju kurung. Sekarang dah pandai...:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).