Jadi Follower di Sini

Tuesday, 26 February 2013

Pengenalan ke Dunia Jahitan


Assalamualaikum w.b.t.

Salam perkenalan buat semua...

Sebagai pengenalan untuk blog ni saya akan ceritakan serba sedikit bagaimana saya mula menjahit. Untuk pengetahuan anda semua saya ni bukanlah tukang jahit yang sememangnya tukang jahit, dan bukan juga anak kepada tukang jahit.hehe..tetapi, entah macam mana minat untuk menjahit ni ada dalam diri. Sebelum ni minat.. minat juga, tapi tidak berkesempatan untuk menjahit, maklumlah sebelum ni berkerjaya katakan. Setakat jahit-jahit tangan tu boleh la kan. Selepas kahwin n pregnant, saya berhenti kerja atas masalah kesihatan dan masalah-masalah peribadi yang lain, saya jadi suri rumah untuk sementara waktu sehingga la melahirkan 1st baby. Niat di hati selepas deliver  nak sambung cari kerja semula dan mula aktif apply kerja. Pepatah ada cakap ‘menyelam sambil minum air’ (hehe..), sambil-sambil sibuk mencari kerja terbaca pulak iklan-iklan berkenaan jahitan baju ni dan mula la terbayang (apa kata kalau jahit baju je..best jugak..:P). Idea-idea nak menjahit ni mula la dibawa berdiskusi dengan Mr.Husband dan mula la merenget-renget nak beli mesin jahit (dalam hati, nanti boleh la belajar menjahit setelah boring duk memasak, kemas rumah dan bermain dengan baby je..:). Respond positive dari Mr.Husband (hoorey!), dia cadangkan supaya ambil kelas menjahit supaya cepat pandai (maybe dia risau aku ni tak ada basic menjahit kot..). Akhirnya setelah survey bengkel-bengkel jahitan baju, (part ni kenalah promote sket yeJ ) saya telah mengikuti Bengkel Asas Jahitan Baju Kurung (Tikfashion) di Dewan Konferen 3, Masjid Al-Ghufran, Balai Islam, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Boleh la tengok kat website www.bengkeljahitan.com . Okey la, rasanya setakat ini saja story-moory bagaimana saya melangkah ke dunia jahitan ni. Untuk entry-entry yang lain nanti saya akan postkan hasil-hasil jahitan saya. Wassalam… (mood excited!!) J



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).