Jadi Follower di Sini

Wednesday 14 August 2013

Baju Kurung Along dengan Jahitan Mutiara Putih (Simple)

Asslamualaikum wbt...

Hai..pembaca serta pengunjung blog. Kali ini saya ingin kongsikan jahitan baju kurung dengan hiasan white pearl yang simple tapi, cantik juga la kan...:) 


Bagi peminat-peminat mutiara, baju kurung nampak lebih mnonjol dengan hiasan mutiara di pergelangan tangan baju. Deretan mutiara putih dgn mengikut kesesuian warna baju serta jenis fabrik menyerlahkan lagi penampilan yang simple serta berbeza.

Dalam kesibukan menyiapkan tempahan baju-baju kurung untuk raya, sempat lagi saya nak menjahit-jahit mutiara plak nih..hehe.. Nak buat macam mana, rajin sangat kan..huhu.. (xde lah...), sebenarnya dah lama nak jahit mutiara kat baju ni walaupun bukan untuk baju sendiri, tetapi tak sabar nak tengok hasil nya...:)

Actually, baju ni saya jahitkan untuk my sister. Salah satu baju untuk raya juga la. Saya pernah tengok ada orang pakai baju kurung, cantik sangat. Baju kurung simple je, tapi nampak unik dan menarik dijahit dengan susunan mutiara dipergelangan tangan yang ringkas je. So, sebab tu nak try untuk baju my sis ni. 

Kebetulan kain yang saya jahit ni, kainnya agak keras dan tidak lembik macam kain polyester yang lain. So, ianya sesuai untuk dijahit dengan mutiara agak besar dan berat. Lupe pulak saiz mutiara yang saya gunakan ni. Agak-agak sebesar yang dalam gambar ni la. Warna putih yang saya pilih sebab ia akan menyerlahkan lagi mutiara dalam background kain yang warnanya terang. Lagi pun ia menampakkan lagi keaslian mutiara. 

Butang baju kurung.
Inilah baju kurung Along bila dah siap.  Bagi yang nak cuba menjahit pearl ni sendiri boleh la cuba. Senang dan cepat serta tak perlu sakit belakang jahit manik penuh. huhuhu.....











No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).