Jadi Follower di Sini

Thursday 15 August 2013

Menjahit Baju Kurung Kain Cotton

Salam , السلام 

Sebut mengenai kain cotton, teringat pulak time menjahit baju mula-mula belajar menjahit dulu. Suker sangat.....:) Bukannya apa, senang menjahit baju menggunakan kain nih. 

Selain daripada senang dijahit kainnya menjadi pilihan kerana selesa dipakai. Kainnya yang tidak licin dan sejuk. Fabrik jenis cotton atau kain kapas ni terdapat dalam pelbagai jenis. Antaranya cotton viscose, cotton satin, english cotton, japanese cotton, dan macam-macam lagi lah. 

Dua pasang baju kurung tradisional yang saya jahit kali ni ialah sample dua jenis kain cotton.  Salah satunya cotton viscose. Kain Cotton Viscose ni lengkap bersulam, sangat sesuai di jadikan baju kurung. Ini merupakan baju kurung my sis. Sebelum ni pernah jahit sepasang jenis kain yang macam ni. 


Antara kelemahan kain cotton viscose ni ialah kainnya mudah berkedut. Antara cara penjagaannya ialah sentiasa 'hanger kan' (gabungan bahasa melayu english. hehehe...) baju ni semasa menjemur dan selepas gosok. Elak dari keringkannya menguna mesin basuh kerana boleh mengakibatkan kedutan yang banyak/teruk. (nak guna boleh, tapi jenuh la nak gosok).



Suke dengan baju kurung bercorak polkadot ni. Ingat tak sebelum ni saya jahit . hehehe... Corak polkadot tetap mendapat tempat yang tersendiri dikalangan si pemakai. 


Okey, ini pula baju kurung Zura. (sorry yer Zura). Gabungan kain dan baju hitam putih yang matching dengan corak polkadot yang tersendiri menyerlahkan lagi baju kurung ni. Agak-agak kain cotton apa ni yer?? Saya pun tak berapa pasti sama ada english cotton or japanese cotton. hehehe.. tapi kainnya memang senang nak ukur, gunting dan nak jahit pun senang.


Okey..banyak pulak bercoloteh tentang jenis fabrik ni. Maaf la yer, kalau ada tersalah info mengenai jenis fabrik cotton ni. Sekadar bual kosong. hehe...ok..Adios.. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).