Jadi Follower di Sini

Thursday 15 August 2013

Baju Kurung untuk Anak Buah


Salam..

Baju kurung kanak-kanak. Baju ni saya jahitkan untuk dua orang anak buah saya untuk raya aidilfitri kali ni. Sorang, dua pasang baju kurung. Yang sulung, berumur 7 tahun, yang adiknya pulak 4 tahun. 


Sepasang kain (4 meter) cukup untuk buat 2 pasang baju kurung untuk 2 beradik ni. Tapi kain tu betul-betul mencukupi, tak de lebih pun. Itu pun kene ambik semua dengan 'kaki-kaki' kain. Terutama untuk kain yang jenis corak berkaki atau memanjang, agak rumit sedikit untuk menggunting kerana lebar/panjang kain yang terhad. Huh....jenuh mak sedara diaorang ni terkial-kial nak menggungting part kain untuk baju kurung dorang. 


Next time kalau nak jahit baju untuk dorang ni kene sediakan kain 4 meter suku @ 4 meter setengah. Lebih senang dan tidak memeningkan kepala tukang jahit ni..:p Keseluruhan menyiapkan baju dorang ni tak de masalah, cuma baju yang ni, susah sket. Ini kerana kain nya yang agak lembik.

Special nya untuk baju diorang ni, saya jahitkan poket. Kanak-kanak suka kalau baju kurung mereka ada poket. Poket untuk duit raya. hehee...:)







No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).