Jadi Follower di Sini

Friday, 12 April 2013

Penghantaran Barangan kepada Pelanggan

Masih ramai lagi yang tertanya-tanya mengenai penghantaran barang yang dibeli. Ok...di sini saya akan kongsikan bagaimana barangan yang anda beli dihantar.

Ini adalah contoh bungkusan barang yang ingin dihantar. Saya akan hantar menggunakan khidmat pos laju. Setiap kos penghantaran adalah bergantung kepada berat barangan. 500gm untuk RM6.00. Kalau lebih kos penghantaran akan bertambah. 



Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pos laju boleh lawat di http://www.poslaju.com.my/
Anda boleh semak status penghantaran barang anda kira berat barang anda dan lain-lain di page ini. 

Kebiasaannya penghantaran mengambil masa 1-3 hari sekitar semenanjung Malaysia hari berkerja bergantung kepada tempat yang ingin dihantar juga la.


Ok...harap info ini membantu menambahkan lagi pengetahuan anda. Apa pun terima kasih Pos Malaysia...:)








Thursday, 11 April 2013

Koleksi Kurung Pahang Dengan Hiasan

Inilah hasil jahitan kurung pahang yang dihiasi dengan manik, labuci, pearl, dan bunga 3D (nama sebenar bunga ni tak berapa pasti). Saya hiaskan di bahagian leher dengan konsep simple (sesuai untuk yang bertudung) kerana hiasan tak adalah terlalu berat sangat.

Di bahagian pergelangan tangan pula dengan konsep berbunga supaya lebih menyerlahkan lagi baju yang tidak bercorak. 

Baju-baju ni saya jahit request dari adik saya untuk test market pasaran beliau (cara org bisnes ckp..hehehe;p). Tetapi sesiapa yang berminat untuk dapatkannya atau untuk tempahan boleh inform saya. 

So, siapa cepat dia dapat edisi terhad ni. Terdapat dalam 3 saiz iaitu saiz S, saiz M, Saiz L. Untuk ukuran saiz-saiz ini boleh tengok di ruangan saiz baju kurung.

Saiz S
Saiz M

Saiz L
Kain Kurung Pahang ini saya buat kain susun/fleet yang berjahit tepi (jahitan tindih kasih) di setiap susun untuk memudahkan digosok. Inilah antara gambar-gambar yang sempat saya snap untuk kain.





Penyangkut besi ni sesuai untuk baju yang mempunyai hiasan dileher.


Harga untuk permulaan ni (intro price) RM100.00 sahaja sepasang termasuk kos penghantaran (semenanjung M'sia shj). Anda yang berminat boleh lihat di ruangan Catalog>>Baju Kurung dan Cara Menempah.






Wednesday, 10 April 2013

Drawer Boxes

Kali ni, saya kena buat drawer boxes (nama sebenar saya pun tak tahu..hehe). Drawer boxes ni saya buat  request dari kawan mr. husband. 

Lakaran drawer ni macam ni la. Tapi saya sendiri pun tak faham ni (saya ni susah sket nak faham lakaran grafik ni) :p So, mr. husband yang banyak explain apa yang saya kena buat. 


Bila dah siap bentuk dia lebih kurang macam ni la...





Puas hati ke tidak ke saya pasti la, sebab susah juga nak jahit kain jenis macam ni sebab kain dia tebal dan mudah terkeluar benang. Ok, dah siap dan ini la hasilnya (2pcs) .









Thursday, 4 April 2013

Tudung Untuk Majlis Konvo Suami

Konvo sudah, apa pun sudah...mengantok je masih berbaki lagi ni sebab pagi tadi pukul 5 pagi bersiap-siap nak betolak ke Bangi lepas subuh...

Ok lah....Masih ingat lagi tak perhiasan tudung yang saya buat tempoh hari. Kalau nak tengok macam mana saya memakai tudung tu boleh lihat di bawah ni. Maaf la kalau tak cantik, sebab panas-panas bergambar ni..faham-faham la...hehehe... 

Fokus pada tudung je ye...My baby boy tu memang kene dokong la bila nak bergambar...hehe





Apa pun ini percubaan pertama menjahit manik pada tudung ni. Nanti boleh buat lagi....:-)

Wednesday, 3 April 2013

"Happy Konvo" Sapu Tangan

Apa nak buat sempena suami konvo esok ni? Fikir punya fikir, terlintas nak buat sesuatu yang suprise sket..heheh..dalam kepala ni asyik ada benang, manik dan labuci je..so, apa yang saya nak buat ni pun berkaitan dengan manik-manik jugak lah..

Apa yang saya perlu kan sapu tangan kecil, kertas gam, benang, jarum dan manik-manik.

Mari kita mulakan. Ini la sapu tangan kecil tu. Sebenarnya warna sapu tangan ni warna pink. 


Kertas gam ni, potong segi empat untuk letakkan tengah-tengah sapu tangan, tempat untuk dijahit manik. Kertas gam ni supaya benang tidak tercabut bila kita jahit manik atas sapu tangan tu.


Iron kan kertas gam pada sapu tangan supaya melekat.


Kertas gam dah pun terlekat. Ketas gam ni nak basuh pun tak ada masalah. 


Lepas tu,drafkan apa yang kita nak tulis. Saya gukan kapur khas untuk menjahit ni. Bila basuh kapur tu akan tanggal. Saya draf pun entah apa-apa ntah...hehehe...sorry ye. Main hentam je. Pastu...boleh la mula jahit manik pada sapu tangan tersebut.


Ok....Dah siap..ini la rupanya ucapan yang saya ingin sampaikan...:)



Last sekali, saya tambahkan la kuntuman bungan dan reben kecil ni, supaya lebih cantik.




Basuh dan keringkan dulu...Ini la rupanya bila dah siap :-)

Congratulation Papa! :-)