Jadi Follower di Sini

Wednesday, 3 April 2013

"Happy Konvo" Sapu Tangan

Apa nak buat sempena suami konvo esok ni? Fikir punya fikir, terlintas nak buat sesuatu yang suprise sket..heheh..dalam kepala ni asyik ada benang, manik dan labuci je..so, apa yang saya nak buat ni pun berkaitan dengan manik-manik jugak lah..

Apa yang saya perlu kan sapu tangan kecil, kertas gam, benang, jarum dan manik-manik.

Mari kita mulakan. Ini la sapu tangan kecil tu. Sebenarnya warna sapu tangan ni warna pink. 


Kertas gam ni, potong segi empat untuk letakkan tengah-tengah sapu tangan, tempat untuk dijahit manik. Kertas gam ni supaya benang tidak tercabut bila kita jahit manik atas sapu tangan tu.


Iron kan kertas gam pada sapu tangan supaya melekat.


Kertas gam dah pun terlekat. Ketas gam ni nak basuh pun tak ada masalah. 


Lepas tu,drafkan apa yang kita nak tulis. Saya gukan kapur khas untuk menjahit ni. Bila basuh kapur tu akan tanggal. Saya draf pun entah apa-apa ntah...hehehe...sorry ye. Main hentam je. Pastu...boleh la mula jahit manik pada sapu tangan tersebut.


Ok....Dah siap..ini la rupanya ucapan yang saya ingin sampaikan...:)



Last sekali, saya tambahkan la kuntuman bungan dan reben kecil ni, supaya lebih cantik.




Basuh dan keringkan dulu...Ini la rupanya bila dah siap :-)

Congratulation Papa! :-)








No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Saya akan reply komen anda dalam masa yang terdekat. Sila tinggalkan link anda untuk saya berbalas kunjungan (jika perlu).