Rasanya tidak lengkap sofa anda jika tidak dilengkapi dengan bantal kusyen ni kan. Terutama bagi perempuan, bila duduk je atas sofa, tangan ni mesti nak memegang sesuatu untuk diletakkan di atas riba ketika duduk. So, ini lah hasil jahitan Ida pada kali ni iaitu set bantal kusyen untuk sofa.
Set bantal kusyen ni bukan sahaja menaikkan seri rumah malah mencantikkan dan melengkapkan lagi perabot yang ada di dalam rumah terutamanya sofa. Pemilihan warna bantal kusyen mestilah warna yang contra (berlainan) dengan warna sofa supaya lebih menyerlahkan lagi kewujudannya. Kadang kala ianya di padankan dengan warna karpet yang dihamparkan dibawah set sofa.