Jadi Follower di Sini

Saturday, 27 April 2013

Kurung Pahang XXXL Tempahan Diana (Sarawak)

Sebelum ni saya cuma jahit baju ni saiz S je. Berkenan dengan baju ni, Diana menempah saiz XXXL (48) untuk dirinya. 

Memandangkan saiznya yang besar ni, saya belikan kain jual meter je. Untuk menjahit baju ni saya gunakan 2 1/2 meter untuk baju dan 2 meter untuk kain. 

Setelah bersusah payah mencari kain warna coklat ni, maka ini lah hasilnya. Harap Diana suka..:-)

Friday, 26 April 2013

Ragam Pembeli dan Penjual :P

Baju coklat tu memang sesuai dan kena sangat dengan hiasan bunga coklat campur cream di pergelangan tangan tu. Nampak cantik sangat. 3 pasang lagi di tempah. Terpaksalah cari kain untuk jahit saiz yang dikehendaki.

Di sebuah kedai kain:

Saya: Kak kain matching dengan kain coklat tu ada lagi tak??
Penjual: Ooo..kain tu dah x de dh. Habis......
Saya: Haaa!! Dah habis ke??
Penjual: Minggu lepas dah beli kan 2 pasang? Ambil warna lain la, warna lain pun cantik juga..
Saya: Tak boleh kak..nak warna coklat tu jgk.
Penjual: Nak wat sedondong ke??
Saya: Yela..( !@#$%^&)
Penjual: Nanti saya tengok lagi dalam stor.
Saya: (Harap-harap la ada........)
Beberapa minit kemudian
Penjual: Kain ada, baju tak de..amik warna coklat lain.
Saya: (tak cantiknya warna coklat yg ni) Kalau camtu saya beli kain saja boleh x? baju saya cari kedai lain.
Penjual: Ok boleh..tapi kene ambil sepasang la 4m.
Saya: Nasib ada.......... ( -;> )


Di sebuah kedai alat jahitan:

Saya: Taukey, bunga yang saya beli hari tu ada lagi x??
Penjual: Pokok belum tanam, mana ada bunga.
Saya: (!@#$%^&) (wat lawak pulak taukey ni) Bunga yang kat baju tu la..
Penjual: Hehehe...ok, nanti saya tengok. Dah habis la..
Saya: Haaa!! chek betol-betol taukey
Penjual: Ada..ada sikit je lagi, awak angkat sume la..
Saya: Sikit je...mana cukup...meh saya tengok.
Penjual: Bunga cantik ma, ramai olang suke beli...tinggal sikit je lg..angkat sume la...
Saya: Ok..cukup la. saya nak semua.

Nasib baik semua barang yang nak ada, tapi hampir-hampir dah nak habis..hehehe...... HAVE A NICE DAY :-)





Thursday, 18 April 2013

Terima Kasih untuk "Shifu ku"


Clik-clik sana sini, baru perasan post kat website www.bengkeljahitan.com. Terima kasih "shifu" hehehe..kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam selok belok dunia jahitan ni. Apa pun harap ilmu yang dicurah akan beroleh manfaat kepada semua. 

Harap pasni kalau ada masa nak belajar lagi untuk bengkel-bengkel lain. InsyaAllah...Mohon untuk mengabadikan ucapan kat blog saya. Thanks alot :-)) 


Ameen....moga terus berjaya juga :-)




Wednesday, 17 April 2013

Rak Serbaguna

Masih ingat tak lagi drawer boxes yang saya post sebelum ni di.  Mesti semua tertanya-tanya macam mana la rupa bentuk sebenarnya kan..Okey, ini la rupa bentuk dia..


Drawer boxes ni adalah component penting pada sebuah rak serbaguna ni. Sesuai untuk orang bujang dan juga yang sudah bekeluarga. Boleh letak di mana-mana sudut rumah anda. Tempat untuk menyimpan pakaian harian, kasut dan sebagainya. 

 




Rak serbaguna ni masih lagi under upgrade   dan ia masih lagi belum terdapat di mana-mana pusat jualan tetapi akan diperluaskan. Design dan hak cipta terpelihara ok...:p








Friday, 12 April 2013

Penghantaran Barangan kepada Pelanggan

Masih ramai lagi yang tertanya-tanya mengenai penghantaran barang yang dibeli. Ok...di sini saya akan kongsikan bagaimana barangan yang anda beli dihantar.

Ini adalah contoh bungkusan barang yang ingin dihantar. Saya akan hantar menggunakan khidmat pos laju. Setiap kos penghantaran adalah bergantung kepada berat barangan. 500gm untuk RM6.00. Kalau lebih kos penghantaran akan bertambah. 



Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pos laju boleh lawat di http://www.poslaju.com.my/
Anda boleh semak status penghantaran barang anda kira berat barang anda dan lain-lain di page ini. 

Kebiasaannya penghantaran mengambil masa 1-3 hari sekitar semenanjung Malaysia hari berkerja bergantung kepada tempat yang ingin dihantar juga la.


Ok...harap info ini membantu menambahkan lagi pengetahuan anda. Apa pun terima kasih Pos Malaysia...:)