Jadi Follower di Sini

Sunday, 24 November 2013

Baju Kurung: Kain Pasang Italian Digital

Salam...

Lama plak rasanya tak update blog ni. Alang-alang dah lama tak update, Ida nak update sepasang baju kurung ni. Baju ni dah lama dah dijahit. Tapi busy duk buat itu, buat ini..so jarang-jarang update blog. 

Baju kurung ni dari kain Italian Digital berbatu. Cantik bukan bila dah jadi baju.

Friday, 4 October 2013

1st Time Menjahit Baju Kurung Moden

Hai semua..Happy sangat bila dah siap baju yang dijahit kali ni. Ini kali pertama cuba menjahit kurung moden dengan design sendiri pulak tu. =) 


Baju kurung moden berbeza dari baju kurung trdisional. Ini kerana, baju kurung moden tidak mempunyai pesak. Baju kurung moden kelihatan lebih cantik kerana ukuran baju mengikut badan kita. Ketat atau longgar, terpulang pada si pemakai. Tapi jangan la pakai yang ketat-ketat sangat ek.

Thursday, 3 October 2013

Kain Batik Sarung Wanita

Entri kali ni, sekadar untuk pengisian dan perkongsian bersama. Anda pernah menggunakan kain batik? Tapi tidak dinafikan mungkin ramai yang pernahkan? Muda-mudi sekarang lebih selesa jika berseluar atau skirt. Kain batik ni, mak-mak atau nenek-nenek kita yang pernah pakai kan...

Tak kisah lah..Minggu lepas Ida jahit kain batik ni. Selalunya, bila kita beli kain ni keadaannya samada berjahit (sudah bercantum) mahupun tidak berjahit (tidak bercantum). Rasanya ini la kain yang paing senang nak jahit. Jahit lurus je. Ada 2 cara mencantumkan kain batik ni. 

Pertama, jahit tepi (claim tepi), kemudian dijahit lurus supaya kain sarung ini bercantum.


Wednesday, 11 September 2013

Koleksi Kain Pasang (September 2013)

Salam.Hi..

Bersua lagi dengan koleksi kain pasang untuk  bulan September, 2013. Tak banyak pattern yang baru. 

Kali ni terdapat 3 jenis kain pasang lagi iaitu, kain Digital 7D, kain Korea Silk Gangnam Style, Kain La Ville Lumiere de Paris (baru) dan Kain Cotton Satin (sudah dibook).

Atas permintaan pelanggan, koleksi kali ni, ialah kain pasang yang berbunga penuh (kain tidak berkaki) dan tidak berbatu. 

Walaubagaimanapun koleksi kain pasang kali ini juga masih belum dijual online, memandangkan ramai yang sudah booking kain ni. (TIDAK DIJUAL ONLINE)

Thursday, 15 August 2013

Menjahit Baju Kurung Kain Cotton

Salam , السلام 

Sebut mengenai kain cotton, teringat pulak time menjahit baju mula-mula belajar menjahit dulu. Suker sangat.....:) Bukannya apa, senang menjahit baju menggunakan kain nih.