Selain daripada bantal-bantal biasa atau bantal kusyen koleksi bantal comel ini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bantal baldu yang mempunyai message atau teks huruf tertentu ni sering menjadi pilihan untuk jadikan sebagai hadiah, perhiasan, koleksi peribadi dan sebagainya.
Selalunya kain baldu yang lembut digunakan untuk membuat mainan kanak-kanak seperti teddy bear. Bagi anak lelaki Ida yang sorang ni, takkan nak bagi dia main teddy bear pulak kan. So, terlintas difikiran ni untuk membuat bantal untuknya dengan meletakkan gambar-gambar kegemaran.
Bantal comel yang Ida jahit ni sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya lembut. Tengok saja aksi si comel bila dapat bantal kegemarannya. Gembira dapat tengok anak kita happy kan...:)